Monday 9 April 2012

Bagaimana untuk membentuk perpaduan dalam komuniti berlainan budaya


Kestabilan politik dan keharmonian antara kaum adalah aspek utama dan penting untuk bersikap dan bersifat tidak rasis dalam komunikasi silang budaya. Aspek ini sangat penting dalam sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum seperti negara kita Malaysia kerana ianya dapat meneruskan pembangunan dan memancu ekonomi Negara bagai kesejahteraan rakyat. Keadaan kacau bilau terutamanya apabila membabitkan pergeseran kaum ekoran daripada komunkasi rasis tidak menguntungkan mana – mana pihak. Sebaliknya selurih rakyat mesti mempunyai sikap hormat menghormati, bertanggujawab dan bertolak ansur serta menjaga sensitivity kaum apabila berkomunikasi kerana setiap kaum sudah pastinya mempunyai pantang larang dalam adat serta budaya mereka masing – masing. Boleh dikatakan isu perkauman di Malaysia masih terkawal. 

Setiap kaum lebih cenderung membela dan memperjuangkan hak serta kepentingan kaum sendiri. Mereka mudah melenting walaupun hanya disebabkan isu kecil yang hangat diperkatakan, seperti mana tindakan Pertubuhan Hindraf yang telah memprotes tentang penggunaan Novel Interlok sebagai salah satu daripada mata pelajaran sastera di sekolah menengah baru – baru ini. Memburukkan lagi keadaan apabila ada pemimpin kaum yang cuba menangguk di air yang keruh, kononnya mahu membela nasib kaumnya dengan bertindak melulu kerana mempunyai agenda dan kepentingan politik dan peribadinya sendiri. Seb agai seorang pemimpin mereka sepatutnya mengambil pendekatan komunikasi yang lebih bijak dan teratur dengan mengambil kira kepentingan semua kaum, bukannya mengambil tindakan yang melulu., seperti mana berlakunya pada negara kita pada 13 Mei 1969 dahulu,bertindak tanpa memikir perasaan kaum yang lain.

Segelintir pemimpin hari ini mengambil tindakan yang populis ketika berkomunikasi semasa berkomunikasi dalam menanagani isu kaum. Mereka mahu dilihat dan dianggap sebagai wira dalam kaum masing – masing sehingga kadang kala tidak menampakkan sikap tolak ansur dan profesionalisme sebagai seorang pemimpin. Kita sedia maklum dan faham tentang tindakan mereka itu, ini oleh kerana mereka tidak mahu dituduh gagal untuk membela kaum mereka sendiri. 

Malaysia adalah negara kita dan tidak seharusnya komunikasi rasis dijadikanamalan rakyat Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia hendaklah menolak komunikasi rasis ini. Seseorang yang bertangujawab dalam berbahasa seharusnya tahuu untuk berinteraksi ketika komunikasi berlaku. Kebolehan mengawal langkah pertama akan memudahkan seseorang itu menyesuaikan diri dalam perbualan biasa atau situasi pertuturan rasmi yang dihadiri masyarakat berbilangf kaum.Malahan sebelum ini, seseorang itu perlu terlebih dahulu memastikan iisu yang sedang dibual atau dibincangkan dan apabila sudah jelas, barulah mengemukakan pandangan yang tidak menyentuh sensitivity sesuatu kaum. Secara semulajadi setiap hari kita berinteraksi kerana sememangnya sedah menjadi tabii manusia sejak azali lagi. Kebebasan bersuara adalah hak asasi manusia dan tiada siapa atau sesuatu yang boleh mengancam kecuali dalam keadaan yang tertentu yang membabitkan isu sensitive seperti perkauman dan keagamaan. Kita per berkomunikasi dengan mengambil tindakan – tindakan bedasrkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu berkomunikasi dan berfikir dengan melepasi semppadan kaum masing – masing. Kehaman tentang perbezaan budaya merangkumi aspek pola komunikasi, adat resam, nilai, sikap dan pengharapan perlua ada. Sifat – sifat seperti berfikiran terbuka, sabar, berlapang dada, memandang perbezaan secara positif meredakan ketegangan dengan melihat perbezaan sebagai suatu yang unik, kelakar atau menyenangkan hati adalah antara sikap dan kualiti motivasi yang perlu ada untuk menangani situasi kesulitan dalam komunikasi silang budaya.

Mereka juga dituntut me;lahirkan tindakan yang melepasi tenbok kepentingan etnik dan kaum agar dapat mewujudkan negara bangsa yang dapat membina Malaysia yang makmur dan maju. Sebagai contohnya, bangsa Melayu hendaklah tidak berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja dan tidak membatas interaksi dan tindakan mereka di dalam keentingan kaum mereka sahaja. Begitu juga dengan kaum – kaum lain seperti Cina, India, Dayak, Kedazan, Orang Ulu, Murut dan lain – lain kaum lagi. Mereka perlu melakukan perkara yang sama. Kemajuan sesebuah negara tidak boleh diukur hanya berdasarkan pembangunan fizikal dan kejayaan material semata – mata. Sebaliknya, aspek kemantapan social, nilai-nilai moral, kekuatan perpaduan dan keintelekualan serta keuntuhan budaya masyarakat yang berbilang kaum perlu juga diambil kira. Sebagai bangsa Malaysia kita perlu dan pastikan matlamat yang serupa dikongsi bersama seperti mana Slogan kita 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Di Malaysia, peranan media massa seperti internet menjadi pencabar utama sebaran am tradisional. Media baru mencetus budaya sendiri dan sering digunakan oleh golongan yang tidak bertanggujawab kerana komunikasi rasis mereka. Pertuduha dan pendakwaan memadai melalui internet sahaja. Hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam komunikasi silang budaya kerana tidak membantu usaha kerajaan yang meyeru rakyat agar bersatu padu. Intergrasi dan cara berkomu bnikasi di antara kaum berasakan persamaan hak dan keadilan agar dapat membentuk masyrakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persafahaman dan demokrasi yang unggul berasakan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada negara membangun. Masyarakat maskulin adlah masyarakat yang menilai ketegasan, daya saing, agresif, wawasan yang tinggi dan menekan pencapaian kebendaan, manakala masyarakat yang feminin pula, masyarakat yang lebih mengaalkan kualiti hidup dan member perhatian kepada kaum yang lemah. Nilai – nilai maskulinti dan feminiti ini juga member kesan ke atas bagaimana sesuatu masyarakat atau organisasi itu mengurus kehidupan mereka. Ini dapat diperhatikan dalam sapek penetapan keutamaan, cara pembuatan keputusan, gaya penyelesaian masalah dan konflik, pemberian penghargaan dan sebaginya. Kepelbagaian kebudayaan dalam sesuatu masyarakat haruslah diterima sebagai satu hakikat. Bersifat adaptif dan fleksibel adalah strategi yang berkesan dalam menangani masalah komunikasi rasis. Sifat diri seperti kesediaan untuk berkompromi, bersikap diplomasi, sensitive kepada situasi dan melihat perpektif orang perlu untuk berurusan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Dalam menjayakan komunikasi silang budaya, mereka yang terlibat mestilah sensitif dan memberi perhatian dengan cara dan tingkah laku dia berkomunikasi. 

Mereka ini perlu keluar dari kerangka komunikasi rasis dengan mengambil kira perspektif dan cara orang lain kerana membina jambatan silang budaya ,e,erlukan kesabaran, kepekaan dan kesungguhan. Keupayaan kita menjalinkan usahasama silang budaya dengan lebih baik dan berkesan dalam masyarakat yang berbilang kaum bergantung kepada kopentasi menjayakan komunikasi silang budaya. Untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi silang budaya, kita mestilah faham tentang pengaruh budaya ke atas proses komunikasi. Kesulitan dan salah faham dalam komunikasi silang budaya akan lebih mudah terjadi sekiranya komunikator masing – masing buta perbezaan budaya. 

Keadaan akan lebih teruk lagi ika komunikator angkuh dengan budaya dan adat resamnya. Hal ini tidak seharusnya berlaku dalam komunikasi silang budaya. Sudah tentu media baru menjadi perayaan sejagat jika alat komuniksi dipergunakan untuk menyebarkan maklumat yang boleh membawa kebaikan kepada perpaduan rakyat Malaysia menetrusi komunikasi silang budaya dan bukannya komunikasi rasis yang boleh menggugat keamanan negara kita ini. Untuk mewujudkan sikap tidak rasis dalam komunikasi kita sebagai rakyat Malaysia perlu ada sikap tolenrasi dan peka terhadap budaya dan adat resam sesuatu kaum yang ada di Malaysia ini. Bak kata perpatah Melayu” cakap siang pandang – pandang “. “Buat baik berpada – pada dan buat jahat jangan sekali.”

No comments:

Post a Comment